المدة الزمنية 2:27

Ko Swee / Kasui | Gula Melaka Cara Saya | Sukatan Cawan dan Gram | Malaysian Traditional Food

بواسطة SuamiIsteri
918 مشاهدة
0
36
تم نشره في 2020/05/15

Assalamualaikum semua, di video ini saya nak tunjukkan cara saya buat Ko swee/kasui gula melaka. Video sebelum ini saya ada tunjukkan cara buat ko swee/ kasui/ kaswi/kosui/kusui pandan yang sedap dan lembut cuma di video ini saya tunjukkan cara yang lebih terperinci untuk mengukus. Sebab adunan ni agak cair dan jika tak ikut kaedah yang betul memang susah sangat nak jadi dan ramai yang fikir kuih yang mereka buat tidak masak. Di kebanyakan resepi yang saya lihat, sukatan tepung ubi yang digunakan adalah 1 cawan dan ia menghasilkan tekstur yang lebih kenyal dan agak padat. Kelurga saya lebih menggemari tekstur ko swee/ kasui yang lembut dan yang cair di mulut. Cara saya sedikit berbeza kerana saya kurangkan sukatan tepung ubi daripada 1 cawan kepada 1 sudu besar. Tetapi jika nak dibandingkan antara kuih kasui pandan dengan kasui gula melaka, kami lebih sukakan kasui pandan kerana baunya yang harum. Bagi penggemar kasui boleh lah mencuba cara saya ini. Dijemput untuk menonton video. Jika anda semua suka dengan video kami, jangan lupa like comment dan subscribe. #KoSwee #Kasui #kuihKaswi * kasuigulamerah * kasuigulamelaka * kaswi * kosui * kusui * kasuigoyang * kasuigedik * kasuilembut * kasui sukatan cawan * kasui sedap * kaswi lembut gedik * kasui mantop * kasui lembut bergoyang * Sukatan dalam Cawan dan Gram 2 3/4 cawan air @ 640g 1/2 cawan gula @ 95g 1/2 cawan air gula melaka (Pati) @ 175g 1 1/2 cawan tepung gandum @ 178g 1 sb tepung ubi @ 13g 1/2 sk kapur @ 2g 1 sb kicap @ 7g (jika mahu warna lebih gelap boleh tambahkan kicap) kukus 40 - 50 minit/ sehingga masak p/s tujuan plastic wrap digunakan untuk mengelakkan/ mengurangkan air jatuh di permukaan adunan p/s tujuan saya lapik dengan kain semasa mengukus adalah untuk membantu penyerapan air berlebihan. Suami Isteri : Husband Wife Si Isteri suka memasak manakala si Suami suka muzik. Video ini direkod, diolah dan diterbitkan si Isteri. Lagu ini direka, direkod dan diterbitkan oleh si Suami. Like dan Subscribe untuk video setiap minggu :) The wife loves to cook while the husband loves music. The video is recorded, edited and produced by the wife. The song is composed, recorded and produced by the husband. Like and Subscribe for more videos every week :) suamiisteri 2020 all right reserved.

الفئة

عرض المزيد

تعليقات - 35